Kelas Asas Microsoft Publisher (Poster Merdeka)

22 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 21 Ogos 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas Microsoft Publisher yang diadakan selama 2 jam bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan disertai oleh 3 orang pelajar SMK Lubok Antu.

Dalam kelas ini, peserta telah diarahkan untuk menghasilkan poster bertemakan Merdeka 2020. Antara fungsi dalam Microsoft publisher yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti penggunaan more blank pages size, insert online picture, background, draw text box, shape color, dan shape fill. Sebagai aktivit tambahan, peserta telah diberikan ceramah ringkas dan tayangan video Klik Dengan Bijak Siber Gromming.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Tayangan video dan ceramah ringkas Klik Dengan Bijak (Siber Gromming)
2. Pengenalan kepada Microsoft Publisher (Poster Merdeka)
3. Latihan menggunakan Microsoft Publisher
4. Bersurai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali